Pages

7.3.11

- Dont Judge a Book by Its COVER -

Morning Uolls.. heheheheh gedik2 lak pagi2 ni... ahhhh cm da lame lak aku x update sumthing kt blog aku ni an?? [ sebenonyer xde mnde menarik nak cite.. kihkihkihkih]

OK. Biasanya......kalau kita tanya orang yang dah biasa bercitu g PD mesti cm jemu la nak g sane balik[ kecuali bagi mereka yang kekurangan bajet..hihihihi. just kidding] Masuk bulan 3 ni da 3 kali aku g PD. First aku g wat BBQ kt sana akhir bulan Jan..
Last week pun aku ada kursus kt Golden Straits Villa [eh betol aku eja ni.. sori kalau salah er....] nak jadikan citer, 4 - 6 Mac aku ada retreat untuk department bagi persiapan SKT kami [SKT tu ape weh?? Sasaran Kerja Tahunan k..] Aduh dalam hati ni punyer la membebel dan merungut jer.. Balik2 PD da xde tmpat lain ke dorg nk wat keje ni.. huh Bosan [ni la contoh2 rungutan manusia yg alpa dan x pan dai nk bersyukur.. huhuhu Astagfirullah.. pe nak jadi la aku ni.] huhhu...

Setibanya aku disana [ jam menunjukkan kira - kira pukul 3 ] cam biasanya check in la ..hahahahahah



Bos aku pon briefing la g tau sebelum kami bergerak ke bilik masing2, tepat jam 4 kami mesti berada dalam bilik conference.So sewaktu aku menuju ke bilik conference, keluar je pintu dari lobi di tingkat bawah, terpegun aku melihat kecantikan pemandangan disekitarnya.


Wahhhhhhhhh.. indah betul petang tu.. di tambah pula dengan deruan angin pantai yang bertiup lembut.. Nyaman sungguh. Tak sangka cantik juga pantai PD ni.. hurmmm[ aku mengumam sendiri]

Aku meneruskan perjalananku menuju ke bilik Conference.. sambil snap gambar laaaaaaaaaaaaaa..... hihhhihihi Cantik beb..



Tetiba aku berangan sendiri sambil tersengih2 cam kerang x cukup rebus.. heheheeh alangkah bertuahnya kalo dapat dapat jalan2 nek atas Cruise ni.. hehehehhehe[ wake up Erin!!!!!!!! wake up.. ] huhuuh


Nice kan pemandangan kat sini. Ramai orang cakap negatif pasal PD [ ingat termasuk lah ko tu ryn ooiii ahahaah] yang Pd tu pantai dia kotor la, x cantik mcm pantai2 lain kt Malaysia ni.. Tapi, cuba kita semua berfikir sejenak.. Salah siapa pantai PD tu rosak sampai teruk sangat pencemaran kt situ[ bagi sesetangah [perairan di PD] ...... Sudahlah kita asyik nak mengutuk je .. kutukan - kutukan negatif sebegini tidak memberi sebarang faedah dalam meningkatkan kualiti pantai kita.. [cewahhhhhhhh.. kene batang idung aku sendiri]

So setakat sini saja aku nk mengomel.. jumpa lagi..... Ape2 pun pemandangan kt Avillion Admiral Cove ni memang cantik dan mengangumkan.. Disini juga disediakan pelbagai perkhimatan dan aktiviti menarik seperti kalau korg bosan boleh lah join g naik Cruise ke, memanah, berbasikal dan memberi makan ikan. Ada jadual kat depan registration counter utk makluman semua guest....


Selamat Bercuti..............

Yang tulus ikhlas dari hati dan sanubari;

Yrineryn79


No comments: