Pages

9.5.11

Ketika Aku Kecil - Kantoi Surat Cinta

Tu la budak - budak lagi dah pandai menggatal tahap gaban...... Al - kisahnya pabila larut malam.. eh.. eh.. eh apa yang aku merepek ni.  Well semua orang ada zaman childhood yang tersendiri begitu juga dengan aku. Bila dikenang kembali kisah yang aku anggap bangang ni nak tergelak pun ada.

Memang tidak dapat dinafikan bahawasanya, aku tersangatlah nakal ketika aku kecil. Banyak betul perkara - perkara bodoh yang aku pernah buat. Tapi bila difirkan kembali, seronok pula merasakan pengalaman itu.

Ketika itu seingat aku, aku masih lagi kanak - kanak kampung hingusan yang baru belajar cinta monyet ala - ala hindustan la konon.. Hahahaahahha belum cerita aku dah gelak sendiri. Sorry aku memang begini. Ok , maka bermula cerita cinta kantoi , tapi mesti tertanya - tanya aku kantoi dengan siapa agaknya..... Well aku hanya cerita setakat yang cebisan -cebisan memori yang masih melekat di dalam kepala aku.


1999 di sebuah sekolah rendah yang dirahsiakan identiti ( malu seh)

"Bangun! Selamat pagi cikgu!" tegas ketua darjah kepada kami semua

"Selamat Pagi murid - murid. Baiklah sila baca doa terlebih dahulu," kata cikgu sambil menadah tangan untuk pembacaan doa.

Maka bermulalah sesi pengajaran dan pembelajaran pada hari itu. Seingat aku, aku duduk di barisan kedua belakang di baris nombor dua dari kanan pintu bilik darjah. Ketika itu, aku menjawat sebagai penolong ketua darjah. Hmmm agak popular juga aku pada masa ini disebabkan aku sangat aktif dalam permainan bola jaring dan prestasi aku di dalam kelas tidak kurang hebatnya (kononlah kan.. heheheeheh)

Walau bagaimanapun, aku bukan lah market sangat sebab dulu aku ni boleh dikategorikan sebagai kanak - kanak yang tak boleh duduk diam. Berkawat, bersukan, berlari ke sana sini, melukis, menghias kelas apa sahaja aku lakukan asalkan aku tidak bosan. So korang semua bolehlah kan teka warna apa kulit muka aku...

So amatlah menghairankan pabila ada jejaka malang duk usha aku dari jauh. Nak jadikan cerita, suatu hari semasa sesi pengajaran dan pembelajaran berlaku (sambungan di atas) ada seorang mamat ni melintas depan aku ketika aku sedang duduk di meja. Dengan tak sengaja dia melanggar tanganku yang berada dihujung meja.

"Opps.. sori, Az. Aku tak sengajalah."

"Woiii! ko pehal.. nak cari gaduh ke??!," sambil berdiri aku mencekak kolar baju dia. Memang aku dulu agak ketomboian dan panas baran.

"Dah la tu Az. Dia tak sengaja tu,"pujuk sahabat baikku.


Jam menunjukkan jam 1.15pm (seingat aku la). 

"Yahooooooooooo.. time untuk balikkkkkkk!!!!!!!!!!!!!!"

Masa pulang dari sekolah adalah masa yang paling membahagiakan aku ketika itu yang sememangnya akan mencari bantal untuk beradu. Sampai sahaja aku di rumah, seperti biasa aku mencampakkan baju sekolah ke dalam mesin basuh dan menyalin pakaian. 

Ketika makan, sudah menjadi tabiat mak, beliau akan  memeriksa baju - baju yang hendak dibasuhkan. Sehelai demi sehelai mak aku memeriksa baju yang berada di dalam mesin tersebut. Tiba - tiba,

"Yin,da berapo kali den posan, jangan camporkan baju skolah ko ni dongan baju - baju lain.. Apo bingai bona ko ni.. ado yang nak kono ni.. " mak membebel sambil mencampakkan baju aku di lantai.
"Eh amondo ni.. Yin surat apo ni nak ooi.... ," dengan tak semena - mena,mak membuka surat yang aku pun tak pasti apakah kandungannya.

"Kocik -kocik da pandai monggatal an.. Memang nak kono budak ni!," marah mak sambil mencapai bulu ayam di tepi dapur.

Dengan ilmu mengelak daripada dirotan yang tebal didada, sepantas kilat aku melarikan diri walaupun tidak sempat menghabiskan makanan yang ada. Selepas aku sedari yang surat yang jumpai mak aku itu merupakan surat cinta daripada insan bernama ....... memang mengundang kemarahan aku.


Tiada pilihan selain pokok Jambu Air tepi dapur (sekarang dah kena tebang) sebagai tempat penyelamat aku. Dengan skil memanjat tahap 9 yang aku ada, serius ia sangat membantu pada masa - masa kecemasan ketika ini.

Jam 5 petang adalah masa ayah pulang dari sekolah (beliau bekerja sebagai kerani biasa je..) Mak menceritakan segalanya paad Ayah. Cis.. peluang untuk mengadu nasib telah direject la nampk gayanya.

Tiada pilihan aku tetap dihukum dengan menggunakan sebatang bulu ayam. Memang sedap sekali rasanya ibarat menikmati ayam KFC yang di freeze kan selama 48 jam.

Esok, pagi - pagi lagi aku menunggu jejaka terhormat yang berjaya menyumbatkan Surat Cintanya di dalam poket baju sekolah aku tanpa aku menyedarinya. Dari jauh kelihatan senyuman manis tapi ibarat racub bagiku.



"Hai, tunggu siapa ni Az....Sorang - sorang saya tengok."

"Kau ni gila ke ape! Bersaya - saya pulak ngn aku... nah ambik!!," sebuah tamparan melekat dipipinya. 




Jujur aku katakan pada waktu ketika itu, aku sangat - sangat bengang kerana aku disebat dengan sebab yang aku tak ketahui sehinggalah emak menunjukkan surat bangang tersebut.


By the way, aku cuma tergelak sendirian kerana itu merupakan memori yang melucukan kerana untuk pengetahuan anda semua, aku terpaksa membaham  buah - buah jambu yang ranum sebagai hidangan tengah hari. Nasib time tu pokok berbuah. Boleh juga mengalas perot yang tengah kebulur pada masa itu. Heheheheh........... 

Tata..:) 

Moral: Lelaki yang nak mengorat pompuan, better korang buat research dahulu berkenaan dengan wanita idaman korang. kalau tak free -free je kena pelampang. Bak kata Elite... "Tamparan Wanita!"



Tiada Yang Sepertinya - Selamat hari Ibu

Mungkin aku terlupa seketika dan buat kali pertama aku terlupa hari yang ku tidak sangka ia teramat penting baginya. Maafkan aku bonda. Bulan ini, aku teramat penat dengan segala hal membuat aku alpa ahari ahad merupakan hari terpenting baginya. 

Walaubagaimanapun, jauh dari sudut hai , aku terlalu menyayangi dirinya lebih dari nyawaku sendiri. Sejujurnya, tidak tahu bagaimana untuk meneruskan hari - hari mendatang tanpanya.

Dia tersangat istimewa bagiku. Dia insan paling rapat dan ku percayai seumur hidupku. Senyumannya, tawanya tangisnya amarahnya menjadi sebahagian dari hidupku. Dia ibarat malaikat yang dikurniakan Illahi untuk menjaga dan memberi segalanya kepadaku.

Dia...
wanita yang paling tabah tiada tolok bandingnya.
sentiasa ikhlas dengan apa yang dilaksana
menyayangi dan menyintai diri ini lebih dari segalanya.
penat dan lelahnya hanya untuk anakanda tercinta.
patuh pada suaminya
contoh pada anaknya

Dia..
Wanita terhebat sepanjang hidupku.
Selamat Hari Ibu..
Di hati dan sanubari sentiasa terukir namamu

with love:
Your Daugther......Yrin Erin

(nukilan khas ini khas untuk ibu tercinta selamanya.... LOVE U ALWAYS MOM!)

28.4.11

Perlu ke saya daftar undi, Mak?

Dunia kini dipenuhi dengan pergolakan politik yang sedang melanda Malaysia kini. Jujur aku katakan aku semakin bosan hari demi hari. Buka je paper pasal politik, buka je TV pasal politik lagi. Yang peliknya, asyik -asyik melontarkan isu yang sama yang masih lagi tidak terjawab sejak sekian lamanya. Pergh tak ke semak kepala otak. Yang jadi mangsa rakyat jelata.

Masing -masing  menyalahkan antara satu sama lain. Yang pihak A cakap begini yang pihak B cakap begitu, Pihak C pula bertepuk tangan melihat kehancuran yang bakal berlaku tidak lama lagi. 

Aku hanya ingin sebuah negara yang aman damai serta mengamalkan politik yang bersih. Tapi adakah impianku ini terlaksana? Jujur aku katakan mungkin aku hanyalah insan jalanan yang tidak mengerti apa -apa berkenaan dengan politik namun, sebagai rakyat aku inginkan hak aku sebagai rakyat. Tanpa sokongan rakyat, pemimpin tidak dapat mentadbir sesebuah negara denagn amannya.

Tapi lihat sahaja zaman sekarang. Zaman penindasan semakin berleluasa. Terlalu banyak kroni - kroni dalaman yang jahanam seperti Virus Trojan yang tidak habis -habis menyerang PC (hanya virus tu je aku ingat heeeeeheee). 

Contoh yang banyak kita lihat seperti hari ini, kita rakyat jelata yang hidup dalam penuh kemiskinan dan kemudaratan ini terpaksa bersabung nyawa untuk mencari sesuap nasi tetapi bagaimana pula mereka yang berada di atas. bersenang lenang mengecapi kebahagian. Seriously WTF!

Rakyat kini boleh diibaratkan seperti Keluar Mulut Naga masuk Mulut Ananconda. Mungkin aku hanyalah berpendidikan rendah yang dilahirkan dalam keluarga yang penuh sederhana tetapi penuh dengan kasih sayang tetapi itu sudah cukup untukku. Cuma aku termangu - mangu memikirkan bagaimanakah nasibku seterusnya... lima tahun akan datang, siapakah pemimpin yang membela nasib rakyat,bakal menghapuskan kroni - kroni sampah yang tidak sudah - sudah makan duit rakyat, menyebarkan fitnah low class  dan bermacam lagi.


Lihatlah betapa sengasaranya hidup kami rakyat Malaysia sekarang tidak habis dengan isu kenaikan tol dan minyak, pembuangan anak luar nikah berleluasa, anak gadis lari rumah,pembunuhan suami terhadap isteri,penderhakaan anak kepada kedua ibu bapanya,penindasan kepada pengusaha -pengusaha kecil, isu video seks oleh pemimpin terkemuka konon!.. 

Oh aku sungguh emosi memikirkan semua ini secara tiba - tiba.Kerana apa??? Kerana lebih kurang 2 minggu lepas, Mak aku bising ke telingku bertanya soalan yang sama yang aku semakin bosan untuk mendengarnya (bukan bosan dengan mak aku tetapi dengan soalan yang dilontarkannya)

"Yin, bila ko nak daftar undi? Jadilah rakyat yang bertanggungjawab sikit''

" Bukan tak nak mak, tapi rasanya undi kita ni boleh ubah keadaan Malaysia sekarang ke?" Soalku. 

"Sekurang - kurangnya kau mengundi dan menjalankan tugas sebagai rakyat untuk memilih pemimpin"

"Pemimpin???"

Sekarang aku nak korang semua, siapa yang patut kita pilih... Mampukah pilihan kita membawa perubahan. kalau setakat perubahan seketika selepas pilihanraya baik pergi MAMPOS!



Cerita Taring - Beginilah Aku Menyintaimu

Pagi itu aku bangun. Aku ratapi wajahnya yang ayu nyenyak ketiduran. Sejuk hati memandang wajah indah itu dikala hening pagi yang ditemani embun segar menitis jatuh ke bumi. Ahhhh.. Seperti biasa hari - hariku tidak lengkap tanpa secawan nescafe. Ku menuju ke tingkat bawah lalu menjerang air. Sementara menunggu air, ku ke bilik air membersihkan diri. Lima belas minit berlalu, aku keluar dari bilik air sambil bertuala dan berbaju T-Shirt berlengan pendek. Terus ku capai cawan dan nescafe.

"Mia! dia suka yang kurang manis. Yelah, bukankah dia lebih manis dan indah dari sehirup nescafe ini," Getus hatiku.

Sejurus hatiku teringatkan dia, terus berlari anak -anak ke bilik ingin mengejutkan buah hati tersayang dari tidur yang lena.

"Mia oh Mia. Bangun sayang dah pagi ni. Bangun sayang." aku mengejutkan Mia dengan penuh kelembutan sambil menggerak - gerakkan tubuh Mia yang kecil molek itu.

"Sayang, kenapa ni, ngantok sangat ke? Eh,kenapa dengan You ni sayang? Badan You sejuk semacam je ni?," soalku dengan penuh tanda tanya.

Hatiku mula terasa seperti ada sesuatu yang tidak kena. Aku mengalihkan tubuh Mia menghadap kepadaku. Mukanya yang pucat dan badannya yang terlalu sejuk sehingga menampakkan bibirnya kebiruan. Namun dia kelihatan cantik sangat seperti orang yang lena tidur dan tidak mahu diganggu.Adakah dia......

"Mia sayang .. bangunlah. Mia.......," tanpa ku duga airmata ku tumpah jua. Aku degil menidakkan kata hatiku. Tidak mungkin.. Tidakkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkk!!!Berkali - kali aku memeriksa nadi Mia. Tiada lagi denyutan seperti biasa. Oh Tuhan apakah benar apa yang aku lihat ini.

Aku terduduk disudut katil sambil tertunduk ketakutan. Tiba -tiba dunia ku gelap tanpa sebarang cahaya menerangi. Hatiku kosong tanpa sebarang bunyi. Ya Allah.. Apakah ini dugaan terbesar hidupku atau... Mataku tertumpu kepada meja solek yang selalu digunakan Mia. Dalam kekakulatan seperti ini aku segera mencapai IPhone ku yang berada di tepi lampu tidur kami untuk segera menghubungi Ambulan. Usai menelefon ambulan, aku terduduk lagi. Aku menuju ke katil lantas aku memangku insan yang paling ku sayangi itu. Oh Tuhan mengapa kesudahan begini.Ku cium dahinya. Sejuk kedinginan ku rasa. Kehangatan yang dulu terasa, kini hilang selamanya. 

Mia yang berada di pangkuanku mula ku lepaskan perlahan - lahan di katil. Buntu aku seketika. Apa yang perlu aku lakukan sekarang. Berkali - kali aku beristigfar. Aku menuju ke meja solek Mia. Aku menangis dan terus menangis.Ku tunduk ke bawah sambil menghentakkan tanganku sekuat hati. Tidak semena - mena laci dibawah meja solek terbuka. 

"Beginilah Aku Menyintaimu, eh macam diari" Aku bermonolog sendirian. 

Seperti diari sahaja kelihatannya. Aku membuka sehelai demi sehelai. Buka sahaja helaian pertama aku terlihat gambarku seorang disitu sedang memancing di tepi sungai. Oh indahnya saat itu. Itu merupakan detik paling bermakna ketika kami berbulan madu di Tasik Cherating. Perkhemahan yang ringkas sangat indah. Dikala malam kami berdua menghabiskan masa bersama sambil menikmati bintang -bintang yang berkedipan di waktu malam indahnya saat itu. Aku terus menyelak helaian seterusnya. 

" Nukilan Hati Milik Mia Adelia Yang dicoret Khas Untuk Cinta Hati Muhammad Azri Hakim. Beginilah Aku menyintaimu Sayangku"

Airmataku jatuh lagi menitis mengalir dipipi.Tanganku tergetar - getar. Oh Tuhan tabahkan la hatiku.Untuk seketika aku memjamkan mata sedalam - dalamnya.Aku terduduk termangu seketika sendirian.Aku beralih ke katil sambil memangku Mia.Ku peluk erat cinta pertamaku itu sambil terus membaca nukilan permaisuri hatiku yang tidak mungkin lagi dapat ku dengari suara merdunya. Lalu Aku menyelak helaian seterusnya dan ......



                                                                                                                                      bersambung........
 


21.4.11

Dan sebenarnya... (Part 2)

Pagi ini juga tidak seindah pagi - pagi sebelumnya......

Aku masih merindui aku yang dulu.... mungkinkah ini suatu perubahan yang perlu aku jalani. Mestikah aku berubah kepada bukan diriku. Hipokritkah aku.

Aku terlalu merindui aku dahulu. Dulu tiada satu pun merunsingkan aku. Semuanya kelihatan mudah. Aku bebas tertawa, bermain, berlari ke sana ke mari, yelah pada zaman aku dulu cukup popular bermain pondok - pondok... Ah bahagianya saat itu.

Kami tertawa , menangis dan bergembira bersama...... makan dan minum bersama. Hmmmm .. zaman kanak - kanak yang begitu indah tidak mungkin dapat diulang kembali.

Airmata hampir jatuh membasahi pipi. Aku sangat merindui saat itu. Saat di mana aku bebas tanpa sebarang paksaan sesiapa. Aku bebas menjadi diriku sendiri. Oh tuhan, alangkah bahagianya saat itu.

Semakin aku mengorak langkah ke depan, semakin saat bahagia itu aku tinggal. Ia seolah tersenyum manis namun berat hati untuk melepaskan aku.
Aku berangan lagi.........

Bebanan kerja yang ku tanggung semakin hari semakin menghimpit perasaan. Ah mampu ke aku buat semua ni. Semenjak dua menjak ni aku selalu berkifir yang mana satu harus aku lakukan. aku sentiasa ingin buat yang terbaik. Tapi banyak betul menduga aku. Sehingga satu tahap aku mahu mengalah. sejenak aku terfikir, aku harus kuat, dan kemudian aku mengalah kembali.

Otak aku letih memikirkan segala yang berlaku. Tahukah kamu semua aku hanyalah insan biasa bukan robot tertentu yang ciptakan untuk memuaskan hati semua pihak.

Huh! damn it.... aku harus menghentikan segala punca - punca yang tidak berapa munasabah seperti ini dari terus mengganggu seharianKu. Aku harus memilih yang terbaik untuk seumur hidupku. Hidup hanya sekali maka aku akan berbuat apa sahaja untuk meneruskan suratan yang telah dikhaskan untuk aku. Aku mesti kuat.

Dan sebenarnya aku masih lemah namun kekuatan itu tersenyembunyi di suatu sudut dan aku harus menemuinya.. mampukah aku???

20.4.11

Dan sebenarnya... (Part 1)

Pagi selalunya tidak seindah seperti hari - hari semalam... Ahh aku seperti kura -kura yang tersesat di jalanraya yang penuh sesak dengan treler dan lori - lori besar yang berada di haighway Pasir Gudang menuju ke nun jauh di Tebrau sana...

Pergh memang dasyat. Jalan yang dulunya lurus tanpa perlu pusing ke kiri dan kanan kini bertukar menjadi bengkang - bengkok penuh berbonggol - bonggol. Terlalu banyak signboard sehingga otak keliru seketika sehingga tidak mampu mentafsir apa yang dilihat mahupun di dengar seperti sediakala..

Ahhhhhhhhhh.. apa yang aku merepek ni.. Ya memang susah menjadi diri ini. Orang selalu bertanya, "beruntunglah kau kerana itu dan ini".. Well, honestly aku bersyukur dengan segala nikmat yang dilimpahkn ke atasku,namun kadangkala teramat sukar menjalaninya. Ya! memang aku sangat beruntung untuk beberapa perkara.

Semakin hari aku membesar dan terus membesar dari sekecil - kecil dua tapak kaki sehinggalah ke saiz kaki gajah comel... ahahahahah...

Ya... dewasa ini banyak mengajar aku erti sebenar kehidupan. Banyak perkara yang aku angan - angankan dahulu kini hanya tinggal kenangan dari cita -cita, impian hinggalah kehidupan yang aku dambakan. 

Walaubagaimanapun, itu merupakan petunjuk Illahi yang secara halusnya menceritakan zat tersiratnya melalui pengalaman hitam ku lalui bahawasanya setiap yang berlaku ada hikmahnya. Mungkin aku fikir itu yang terbaik namun, Yang Esa Maha mengetahui segala yang berada di langit dan di bumi yang mana yang terbaik untukku.  

Ya...hidup sememangnya penuh dengan segala macam rasa. Memang tidak dapat dinafikan setiap mahkluk mempunyai cerita dan kisah tersendiri acap kali sukar difahami mengapa ia berlaku.
Aku termenung lagi menghadap skrin komputer adakalanya memeningkan otakku. Urat saraf yang terselirat kadangkala menyakitkan kepalaku. Oh Tuhan, berikan aku petunjuk dan kekuatan. Hati ini berdebar seolah - olah ingin memberitahu sesuatu namun tidak ku ketahui apakah itu.

Aku berangan lagi dan terus berangan. Dalam hati terdetik, adakah kali ini angan - anganku berlaku seperti yang aku impikan. Maaf, tiada satu jawapan di benak hati pun dapat diberi. 
Kadangkala hati sedih memikirkan kerana apa yang dimpikan seringkali tidak menjadi,terjatuh lalu tersungkur. Mungkinkah senyuman itu mampu mengubati luka ini. ya aku terus bangun dan bangkit melawan perasaan itu.

Aku tersenyum sendirian. Namun senyuman kelat dan tawar tersemat dibibir. Mata semakin kuyu badan semakin lemah. Ngantuk sungguh dari pagi hingga ke petang hanya terduduk di kerusi yang kurang empuk ini. Bagnunku hanya untuk mengerjakan perkara yang penting sahaja.
Kadangkala hati melonjak -lonjak tertanya - tanya, adakah ini yang aku mahukan? Apakah sekadar ini sahaja yang aku mampu lakukan. Oh Tuhan, ku mengharapkan secebis petunjukmu untuk hambamu yang hina ini untuk meneruskan perjalan yang masih belum berakhir kerana untuk seketika sebenarnya, perjalanan baru masih bermula.

Ada satu senyuman yang bisa membahagiakan. Mereka yang ku sayang sentiasa tersemat dihati. Berjalan - jalan di tengah kota, memerhati gelagat manusia yang berbagai ragam, sememangnya mampu menceritakan kisah mereka tanpa kita sedari. 

Dan sebenarnya, adakala hati ini merindui kehidupan silam yang penuh gelak tawa, saat  manis tawa yang mampu mengubati hati disaat hiba yang kelat. Oh Tuhan, tabahkan hati ini. Saat indah dan manis yang bertukar kelat. Tiada siapa sangka itu berlaku. Namun, kita sebagai manusia harus menghayati setiap natijah didepan mata agar ia tidak berulang kembali.

Ku hempaskan kepalaku di kerusi. Penat sungguh. Di otakku ligat berfikir apakah aku masih lagi bernafas untuk keesokan hari? Hanya Allah sahaja yang mengetahuinya.

7.4.11

Kenapa?

Salam satu Malaysia semua

Cepat benar masa berlalu meninggalkan aku..... banyak betul peristiwa tahap gampang berlaku dalam hidup aku sejak dua tiga bulan ni...... dont really care bout u guys people nak just aku seperti apa sekali pasal aku, style aku tulis something dekat blog aku sebab some of blogger kat Malaysia telah inspired aku agar bersuara di dalam blog bukan untuk terkenal melalui blog. Siapa lagi kalau bukan . Serius beliau sangat inspired aku.

ok according to my title today, aku just tertanya -tanya beberapa soalan yang kadang - kadang dah naik mual pun ada. Kenapa mesti ada makhluk - makhluk berakal tetapi berperangai seperti Gampang?

Soalan pertama :

Si Mulut Murai Murahan berperangai cam Gam....

- jenis murai ini adalah seorang insan yang memang langsung tidak boleh dipercayai. Everything pasal orang lain dia akan dedahkan dan setiap pendedahan berdasarkan keburukan. Dan setiap cerita yang dia dapat dari orang lain akan ditambah perisa hampir 50% dari cerita asal. 

Yelah macam Ajinamoto penambah perisa makanan yang terlebih ambil boleh menyebabkan keguguran rambut.. Dan segelintir daripada mereka akan berbuat apa sahaja untuk kelihatan lebih power dari orang lain supaya masyarakat disekililing mereka kelihatan dumb apabila berdamping dengan si Mulut murai atau Puaka ni.

Soalan aku???

 Mereka semua ni guna charger apa ya?? mereka x penat ke asyik - asyik dok mengutuk orang sekililing?
tidak terfikir kah mereka nathijah daripada perbuatan mereka ni?

dan soalan cepu emas?

sempatkah mereka memohon keampunan daripada orang yang mereka fitnah dan cerca itu???
hmmmmmmmmmmmmm...

Ciri - ciri Murai ni:

Biasanya mereka yang tergolong daripada murai ni, mempunyai mulut manis didepan berwangi - wangian tetapi sebenarnya di belakang pergh bau longkang babe!..

Depan lemah lembut belakang2 mmg keluar la wajah setan mereka
Depan - depan kipas habis, belakang - belakang kutuk mengutuk

tak boleh lah tengok orang lain senang sikit, iri hati...

So apa yang boleh aku cakap... berhati - hati la yer.. Dont Judge People by their Shoes.....