Pages

28.4.11

Cerita Taring - Beginilah Aku Menyintaimu

Pagi itu aku bangun. Aku ratapi wajahnya yang ayu nyenyak ketiduran. Sejuk hati memandang wajah indah itu dikala hening pagi yang ditemani embun segar menitis jatuh ke bumi. Ahhhh.. Seperti biasa hari - hariku tidak lengkap tanpa secawan nescafe. Ku menuju ke tingkat bawah lalu menjerang air. Sementara menunggu air, ku ke bilik air membersihkan diri. Lima belas minit berlalu, aku keluar dari bilik air sambil bertuala dan berbaju T-Shirt berlengan pendek. Terus ku capai cawan dan nescafe.

"Mia! dia suka yang kurang manis. Yelah, bukankah dia lebih manis dan indah dari sehirup nescafe ini," Getus hatiku.

Sejurus hatiku teringatkan dia, terus berlari anak -anak ke bilik ingin mengejutkan buah hati tersayang dari tidur yang lena.

"Mia oh Mia. Bangun sayang dah pagi ni. Bangun sayang." aku mengejutkan Mia dengan penuh kelembutan sambil menggerak - gerakkan tubuh Mia yang kecil molek itu.

"Sayang, kenapa ni, ngantok sangat ke? Eh,kenapa dengan You ni sayang? Badan You sejuk semacam je ni?," soalku dengan penuh tanda tanya.

Hatiku mula terasa seperti ada sesuatu yang tidak kena. Aku mengalihkan tubuh Mia menghadap kepadaku. Mukanya yang pucat dan badannya yang terlalu sejuk sehingga menampakkan bibirnya kebiruan. Namun dia kelihatan cantik sangat seperti orang yang lena tidur dan tidak mahu diganggu.Adakah dia......

"Mia sayang .. bangunlah. Mia.......," tanpa ku duga airmata ku tumpah jua. Aku degil menidakkan kata hatiku. Tidak mungkin.. Tidakkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkk!!!Berkali - kali aku memeriksa nadi Mia. Tiada lagi denyutan seperti biasa. Oh Tuhan apakah benar apa yang aku lihat ini.

Aku terduduk disudut katil sambil tertunduk ketakutan. Tiba -tiba dunia ku gelap tanpa sebarang cahaya menerangi. Hatiku kosong tanpa sebarang bunyi. Ya Allah.. Apakah ini dugaan terbesar hidupku atau... Mataku tertumpu kepada meja solek yang selalu digunakan Mia. Dalam kekakulatan seperti ini aku segera mencapai IPhone ku yang berada di tepi lampu tidur kami untuk segera menghubungi Ambulan. Usai menelefon ambulan, aku terduduk lagi. Aku menuju ke katil lantas aku memangku insan yang paling ku sayangi itu. Oh Tuhan mengapa kesudahan begini.Ku cium dahinya. Sejuk kedinginan ku rasa. Kehangatan yang dulu terasa, kini hilang selamanya. 

Mia yang berada di pangkuanku mula ku lepaskan perlahan - lahan di katil. Buntu aku seketika. Apa yang perlu aku lakukan sekarang. Berkali - kali aku beristigfar. Aku menuju ke meja solek Mia. Aku menangis dan terus menangis.Ku tunduk ke bawah sambil menghentakkan tanganku sekuat hati. Tidak semena - mena laci dibawah meja solek terbuka. 

"Beginilah Aku Menyintaimu, eh macam diari" Aku bermonolog sendirian. 

Seperti diari sahaja kelihatannya. Aku membuka sehelai demi sehelai. Buka sahaja helaian pertama aku terlihat gambarku seorang disitu sedang memancing di tepi sungai. Oh indahnya saat itu. Itu merupakan detik paling bermakna ketika kami berbulan madu di Tasik Cherating. Perkhemahan yang ringkas sangat indah. Dikala malam kami berdua menghabiskan masa bersama sambil menikmati bintang -bintang yang berkedipan di waktu malam indahnya saat itu. Aku terus menyelak helaian seterusnya. 

" Nukilan Hati Milik Mia Adelia Yang dicoret Khas Untuk Cinta Hati Muhammad Azri Hakim. Beginilah Aku menyintaimu Sayangku"

Airmataku jatuh lagi menitis mengalir dipipi.Tanganku tergetar - getar. Oh Tuhan tabahkan la hatiku.Untuk seketika aku memjamkan mata sedalam - dalamnya.Aku terduduk termangu seketika sendirian.Aku beralih ke katil sambil memangku Mia.Ku peluk erat cinta pertamaku itu sambil terus membaca nukilan permaisuri hatiku yang tidak mungkin lagi dapat ku dengari suara merdunya. Lalu Aku menyelak helaian seterusnya dan ......



                                                                                                                                      bersambung........
 


No comments: