Salam dan selamat Pagi Semua.. Sambil berlatarkan lagu "Percayalah", tiba - tiba hati ini tergerak menulis berkenaan dengan wanita. Sesungguhnya, terdapat pelbagai keistimewaan menjadi seorang lelaki dan wanita walaupun begitu banyak bezanya. Itulah kebijaksanaan Allah yang dapat kita hayati.
Hari ini, aku ingin berkongsi kepada semua blogger terutamanya kaum wanita bahawa betapa istimewanya kita yang ditakdirkan sebagai kaum HAWA di muka bumi ini. Namun kadangkala, hati ini terdetik dan bertanya terdapat segelintir daripada kita yang terpesong akidahnya lalu memilih untuk menjadi jantina yang berlawanan dengannya. Nauzubillah.
Sebagai manusia dan hamba kepadaNya, kita harus sedar akan kemurkaan Illahi atas setiap perbuatan kita yang salah. Inikan pula menolak takdir kejadian kita. Apakah ertinya semua itu.... berbaloikah?
Ok....kepada gurls diluar sana, hayatilah betapa istimewanya kita yang ditakdirkan sebagai seorang WANITA. Lets Check it Out!
1. Seorang wanita menghadapi kesulitan apabila ia berada di antara lelaki yang dicintainya dan yang mencintainya.
2. Kecantikan seorang wanita ialah terletak sejauh mana ia dapat menahan (menjaga) malunya, sementara kegagahan seorang lelaki ialah terletak sejauh mana ia dapat menahan (menjaga) marahnya.
3. Wanita hidup untuk berbahagia dengan cinta, sementara lelaki mencintai untuk hidup berbahagia.
4. Orang yang membujang adalah orang yang belum menemukan penghibur duka dan dia baru memperolehinya dengan menikah.
5. Kebijaksanaan wanita terletak di dalam hatinya.
6. Suami adalah orang yang mencari kebahagiaan hidup dengan menghilangkan sebahagian kemerdekaannya.
7. Seorang wanita yang bijaksana menambahkan gula pada kalimatnya setiap kali berbicara dengan suaminya, dan mengurangi garam pada ucapan suaminya.
8. Wanita menghadapi banyak permasalahan; sebahagian diatasi dengan menikah dan sebahagian yang lain diatasi setelah dia masuk ke liang kubur.
9. Wanita tidak diciptakan untuk dikagumi semua lelaki tetapi sebagai sumber kebahagiaan seorang suami.
10. Mata wanita yang paling indah tetapi juga harus diwaspadai adalah mata kaum wanita.
11. Sesungguhnya tidak ada wanita yang sangat cantik, yang ada ialah kaum lelaki yang sangat lemah bila berhadapan dengan kecantikan.
12. Jangan menyalahkan perasaan isteri anda karena perasaannya yang terbaik ialah ketika ia menerima anda sebagai suami.
13. Pada waktu bertunang, lelaki banyak berbicara dan perempuan mendengarkan. Pada saat pernikahan, perempuan berbicara dan pengantin lelaki mendengarkan. Sesudah pernikahan, suami dan isteri banyak berbicara dan para tetangga pun mendengarkan.
14. Perawan tua ialah wanita yang kehilangan kesempatan menyusahkan seorang lelaki.
15. Setiap wanita mempunyai dua mata. Adapun wanita yang cemburu berlebihan mempunyai tiga mata. Satu di sebelah kanan, satu di sebelah kiri dan yang ketiga diarahkan kepada suami.
16. Yang diinginkan seorang gadis dari dunia ini hanyalah seorang suami dan apabila ia sudah memperolehinya, ia menginginkan segala-galanya.
Renung2kan dan selamat beramal... Bersyukur dengan segala nikmat dan kejadian kita. Setiap apa yang berlaku ada hikmahnya. Mohonlah Petunjuk dan hidayah dari Allah agar kita terpesong daripadaNya.


No comments:
Post a Comment