Pages

28.2.11

Kemanisan di Dalam Kesengsaraan

Salam and Morning everybody!..

Cinta Pertama.. Pastinya hampir semua daripada kita telah mengalaminya. Bezanya adalah cepat dan lambat sahaja. Kata orang cinta pertama adalah paling sukar untuk kita lupakan kerana ia merupakan insan pertama yang bertahkta di hati kita sehingga memberi kesan yang mendalam kepada jiwa dan sanubari kita. YA sangat beruntung sekiranya kita berjaya bersama cinta pertama kita kan?. Tapi amat memeritkan sekiranya kita kehilangan sesuatu yang berharga dalam hidup kita. 


 Begitu juga dengan aku yang pernah gagal memiliki Cinta Pertamaku. Pada mulanya, amat sukar untuk aku terima kenyataan di atas kegagalan aku. Puas aku mencari sebab, alasan dan jawapan yang sering bermain difikiranku. Hingga suatu saat aku kehilangan pertimbangan yang hampir melakukan sesuatu diluar kawal akalku yang waras. Namun, aku bersyukur kerana Allah masih sayangkan diri ini. Dia telah menunjukkan aku suatu jalan di mana aku harus kuat dalam menjalani hidup ini. Cinta Pertama rupanya tidaklah Seagung Cinta kepada Yang Maha Esa. Berbulan - bulan lamanya aku menghayati, mencari segala jawapan yang sentiasa menjengah di benak hati. Sering aku goyah dan terjatuh, namun ku gagahi untuk terus berdiri. 

 Bukan Sesuatu yang mudah untuk aku teruskan perjalanan hidup ketika hati ini dilanda murung dan sakitnya adalah sakit yang tidak akan pernah ku lupakan. Ya.. Sakit itu mengajar aku agar lebih tegas dan kuat dalam menghadapi apa jua masalah di hari mendatang. Sesungguhnya, ia mengajar aku agar lebih tabah dan bersabar dengan setiap cabaran yang bakal aku hadapi. 

 Walaubagaimanapun, aku sangat bersyukur kerana dikurniakan seorang ibu yang bukan sahaja hebat malah seorang insan yang banyak memberikan tunjuk ajar mengenai asam garam dunia. Benar kata emak, setiap penyakit ada penawarnya. Dan setiap sengsara yang aku hadapi pasti akan adanya bahagianya. Dan emak juga percaya suatu hari nanti aku pasti diberi insan yang pastinya menyayangi aku lebih dari nyawanya sendiri. Kata - kata ibu sedikit sebanyak menjadi pengubat di hati.


Hari demi hari....... aku menjalani dan meneruskan kehidupan dengan jiwa yang kadang kala kekosongan dan yang paling perit, hanya sepi sebagai teman karib. Bangun , jatuh dan bangun lagi.... Bukan mudah untuk melawan keperitan yang sering bertaut di hati. Ku gagahi juga walaupun airmata dendam kadang kala jatuh jua. Ku panjat kan doa agar noda - noda hitam dendam akan pergi. Tiada apa yang ku pinta melainkan kebahagiaan menjelma.


Kini,
Segala - galanya telah berubah. Segala musim luruh dan dingin berlalu jua. Tahun 2011 merupakan telah membuka lembraan baru dalam hidup aku. Benarlah kata emak, segala sakit pasti ada ubatnya. Ya.. akhirnya setelah sekian lama ku menunggu, akhirnya detik itu mula tiba. Tidak pernah ku duga, sinar kebahagian mula menyinari hidupku. Apa yang penting, restu emak menjadi benteng dan penguat dalam setiap yang aku lakukan.

Dia....
insan yang berjaya menyembuhkan
setiap luka yang lama bersarang di hati..

Dia..
insan yang banyak mengajar aku
erti sebenar dalam setiap hubungan.

Dia..
insan yang tidak sempurna ..
namun dalam ketidaksempurnaan itu hadirnya suatu hubungan
yang luar biasa.

Dia...
insan yang menghargai dan menyayangi aku..

Dia..
membuktikan bahawa kesakitan lalu pastinya perit
dan kami berusaha untuk mengubati luka
yang perit itu.

Siapakah dia...
nantikan nukilan ku seterusnya....


:)YrinErin














4 comments:

iesoanizuka said...

ieieie.. jiwang.. ^_^

Cik Taring said...

ahahahaahah...... sekali sekala is oooii..

iesoanizuka said...

xpe2.. luahan rase jiwa..
aku paham..
truskan.. haha

Cik Taring said...

huhuhuh.. thx is! ahahaaaaaaaaaaaaa:P