Pages

21.4.11

Dan sebenarnya... (Part 2)

Pagi ini juga tidak seindah pagi - pagi sebelumnya......

Aku masih merindui aku yang dulu.... mungkinkah ini suatu perubahan yang perlu aku jalani. Mestikah aku berubah kepada bukan diriku. Hipokritkah aku.

Aku terlalu merindui aku dahulu. Dulu tiada satu pun merunsingkan aku. Semuanya kelihatan mudah. Aku bebas tertawa, bermain, berlari ke sana ke mari, yelah pada zaman aku dulu cukup popular bermain pondok - pondok... Ah bahagianya saat itu.

Kami tertawa , menangis dan bergembira bersama...... makan dan minum bersama. Hmmmm .. zaman kanak - kanak yang begitu indah tidak mungkin dapat diulang kembali.

Airmata hampir jatuh membasahi pipi. Aku sangat merindui saat itu. Saat di mana aku bebas tanpa sebarang paksaan sesiapa. Aku bebas menjadi diriku sendiri. Oh tuhan, alangkah bahagianya saat itu.

Semakin aku mengorak langkah ke depan, semakin saat bahagia itu aku tinggal. Ia seolah tersenyum manis namun berat hati untuk melepaskan aku.
Aku berangan lagi.........

Bebanan kerja yang ku tanggung semakin hari semakin menghimpit perasaan. Ah mampu ke aku buat semua ni. Semenjak dua menjak ni aku selalu berkifir yang mana satu harus aku lakukan. aku sentiasa ingin buat yang terbaik. Tapi banyak betul menduga aku. Sehingga satu tahap aku mahu mengalah. sejenak aku terfikir, aku harus kuat, dan kemudian aku mengalah kembali.

Otak aku letih memikirkan segala yang berlaku. Tahukah kamu semua aku hanyalah insan biasa bukan robot tertentu yang ciptakan untuk memuaskan hati semua pihak.

Huh! damn it.... aku harus menghentikan segala punca - punca yang tidak berapa munasabah seperti ini dari terus mengganggu seharianKu. Aku harus memilih yang terbaik untuk seumur hidupku. Hidup hanya sekali maka aku akan berbuat apa sahaja untuk meneruskan suratan yang telah dikhaskan untuk aku. Aku mesti kuat.

Dan sebenarnya aku masih lemah namun kekuatan itu tersenyembunyi di suatu sudut dan aku harus menemuinya.. mampukah aku???

No comments: