Pagi selalunya tidak seindah seperti hari - hari semalam... Ahh aku seperti kura -kura yang tersesat di jalanraya yang penuh sesak dengan treler dan lori - lori besar yang berada di haighway Pasir Gudang menuju ke nun jauh di Tebrau sana...
Pergh memang dasyat. Jalan yang dulunya lurus tanpa perlu pusing ke kiri dan kanan kini bertukar menjadi bengkang - bengkok penuh berbonggol - bonggol. Terlalu banyak signboard sehingga otak keliru seketika sehingga tidak mampu mentafsir apa yang dilihat mahupun di dengar seperti sediakala..
Ahhhhhhhhhh.. apa yang aku merepek ni.. Ya memang susah menjadi diri ini. Orang selalu bertanya, "beruntunglah kau kerana itu dan ini".. Well, honestly aku bersyukur dengan segala nikmat yang dilimpahkn ke atasku,namun kadangkala teramat sukar menjalaninya. Ya! memang aku sangat beruntung untuk beberapa perkara.
Semakin hari aku membesar dan terus membesar dari sekecil - kecil dua tapak kaki sehinggalah ke saiz kaki gajah comel... ahahahahah...
Ya... dewasa ini banyak mengajar aku erti sebenar kehidupan. Banyak perkara yang aku angan - angankan dahulu kini hanya tinggal kenangan dari cita -cita, impian hinggalah kehidupan yang aku dambakan.
Walaubagaimanapun, itu merupakan petunjuk Illahi yang secara halusnya menceritakan zat tersiratnya melalui pengalaman hitam ku lalui bahawasanya setiap yang berlaku ada hikmahnya. Mungkin aku fikir itu yang terbaik namun, Yang Esa Maha mengetahui segala yang berada di langit dan di bumi yang mana yang terbaik untukku.
Ya...hidup sememangnya penuh dengan segala macam rasa. Memang tidak dapat dinafikan setiap mahkluk mempunyai cerita dan kisah tersendiri acap kali sukar difahami mengapa ia berlaku.
Aku termenung lagi menghadap skrin komputer adakalanya memeningkan otakku. Urat saraf yang terselirat kadangkala menyakitkan kepalaku. Oh Tuhan, berikan aku petunjuk dan kekuatan. Hati ini berdebar seolah - olah ingin memberitahu sesuatu namun tidak ku ketahui apakah itu.
Aku berangan lagi dan terus berangan. Dalam hati terdetik, adakah kali ini angan - anganku berlaku seperti yang aku impikan. Maaf, tiada satu jawapan di benak hati pun dapat diberi.
Kadangkala hati sedih memikirkan kerana apa yang dimpikan seringkali tidak menjadi,terjatuh lalu tersungkur. Mungkinkah senyuman itu mampu mengubati luka ini. ya aku terus bangun dan bangkit melawan perasaan itu.
Aku tersenyum sendirian. Namun senyuman kelat dan tawar tersemat dibibir. Mata semakin kuyu badan semakin lemah. Ngantuk sungguh dari pagi hingga ke petang hanya terduduk di kerusi yang kurang empuk ini. Bagnunku hanya untuk mengerjakan perkara yang penting sahaja.
Kadangkala hati melonjak -lonjak tertanya - tanya, adakah ini yang aku mahukan? Apakah sekadar ini sahaja yang aku mampu lakukan. Oh Tuhan, ku mengharapkan secebis petunjukmu untuk hambamu yang hina ini untuk meneruskan perjalan yang masih belum berakhir kerana untuk seketika sebenarnya, perjalanan baru masih bermula.
Ada satu senyuman yang bisa membahagiakan. Mereka yang ku sayang sentiasa tersemat dihati. Berjalan - jalan di tengah kota, memerhati gelagat manusia yang berbagai ragam, sememangnya mampu menceritakan kisah mereka tanpa kita sedari.
Dan sebenarnya, adakala hati ini merindui kehidupan silam yang penuh gelak tawa, saat manis tawa yang mampu mengubati hati disaat hiba yang kelat. Oh Tuhan, tabahkan hati ini. Saat indah dan manis yang bertukar kelat. Tiada siapa sangka itu berlaku. Namun, kita sebagai manusia harus menghayati setiap natijah didepan mata agar ia tidak berulang kembali.
Ku hempaskan kepalaku di kerusi. Penat sungguh. Di otakku ligat berfikir apakah aku masih lagi bernafas untuk keesokan hari? Hanya Allah sahaja yang mengetahuinya.
No comments:
Post a Comment