Dunia kini dipenuhi dengan pergolakan politik yang sedang melanda Malaysia kini. Jujur aku katakan aku semakin bosan hari demi hari. Buka je paper pasal politik, buka je TV pasal politik lagi. Yang peliknya, asyik -asyik melontarkan isu yang sama yang masih lagi tidak terjawab sejak sekian lamanya. Pergh tak ke semak kepala otak. Yang jadi mangsa rakyat jelata.
Masing -masing menyalahkan antara satu sama lain. Yang pihak A cakap begini yang pihak B cakap begitu, Pihak C pula bertepuk tangan melihat kehancuran yang bakal berlaku tidak lama lagi.
Aku hanya ingin sebuah negara yang aman damai serta mengamalkan politik yang bersih. Tapi adakah impianku ini terlaksana? Jujur aku katakan mungkin aku hanyalah insan jalanan yang tidak mengerti apa -apa berkenaan dengan politik namun, sebagai rakyat aku inginkan hak aku sebagai rakyat. Tanpa sokongan rakyat, pemimpin tidak dapat mentadbir sesebuah negara denagn amannya.
Tapi lihat sahaja zaman sekarang. Zaman penindasan semakin berleluasa. Terlalu banyak kroni - kroni dalaman yang jahanam seperti Virus Trojan yang tidak habis -habis menyerang PC (hanya virus tu je aku ingat heeeeeheee).
Contoh yang banyak kita lihat seperti hari ini, kita rakyat jelata yang hidup dalam penuh kemiskinan dan kemudaratan ini terpaksa bersabung nyawa untuk mencari sesuap nasi tetapi bagaimana pula mereka yang berada di atas. bersenang lenang mengecapi kebahagian. Seriously WTF!
Rakyat kini boleh diibaratkan seperti Keluar Mulut Naga masuk Mulut Ananconda. Mungkin aku hanyalah berpendidikan rendah yang dilahirkan dalam keluarga yang penuh sederhana tetapi penuh dengan kasih sayang tetapi itu sudah cukup untukku. Cuma aku termangu - mangu memikirkan bagaimanakah nasibku seterusnya... lima tahun akan datang, siapakah pemimpin yang membela nasib rakyat,bakal menghapuskan kroni - kroni sampah yang tidak sudah - sudah makan duit rakyat, menyebarkan fitnah low class dan bermacam lagi.
Lihatlah betapa sengasaranya hidup kami rakyat Malaysia sekarang tidak habis dengan isu kenaikan tol dan minyak, pembuangan anak luar nikah berleluasa, anak gadis lari rumah,pembunuhan suami terhadap isteri,penderhakaan anak kepada kedua ibu bapanya,penindasan kepada pengusaha -pengusaha kecil, isu video seks oleh pemimpin terkemuka konon!..
Oh aku sungguh emosi memikirkan semua ini secara tiba - tiba.Kerana apa??? Kerana lebih kurang 2 minggu lepas, Mak aku bising ke telingku bertanya soalan yang sama yang aku semakin bosan untuk mendengarnya (bukan bosan dengan mak aku tetapi dengan soalan yang dilontarkannya)
"Yin, bila ko nak daftar undi? Jadilah rakyat yang bertanggungjawab sikit''
" Bukan tak nak mak, tapi rasanya undi kita ni boleh ubah keadaan Malaysia sekarang ke?" Soalku.
"Sekurang - kurangnya kau mengundi dan menjalankan tugas sebagai rakyat untuk memilih pemimpin"
"Pemimpin???"
Sekarang aku nak korang semua, siapa yang patut kita pilih... Mampukah pilihan kita membawa perubahan. kalau setakat perubahan seketika selepas pilihanraya baik pergi MAMPOS!
3 comments:
itulah yang membimbangkan..kerana semakin ramai anak muda benci pada politik..sanggup tidak memikirkannya kerana angap politik tidak membantu kehidupan seharian..
hmmm... terlalu byk korupsi la Khalis.. huhuhuhu...
korupsi? pilih yang paling kurang
Post a Comment